Tuesday, February 8, 2011

DAH BERSAWANG BLOG NI

Dah lama mama tak update kan teratak ni..mama sibuk menguruskan anak2 mama yang comel dua org ni...uhuhuhu..so tak dan nak buka blog ni..tup tup dah 2011 rupanya..."selamat tahun baru semua"...sebenarnya banyak yang nak mama story mori kat sini...story pasal adik bercuti di wad 4 hari 3 malam..cerita pasal aktiviti memancing kami..cerita pasal besday abah besday mama dan mcm2 lagi la..tak tau nak mula dari mana..mama dah betul2 kepupusan idea. takpelah nanti satu2 mama cerita kat cni beserta dengan gambaq2 sepanjang aktiviti2 yang kami lakukan...ok la mama nak pi makan dulu la..mama tak de idea nak tulih apa..nanti mama fikir dulu..perut lapar tak leh nak fikir apapun..hehehe

Tuesday, May 11, 2010

BERCUTI KE GENTING HIGHLAND APRIL 2010


Bestnya pi bercuti kat genting highland baru2 ni...sejuk..kakak & adik main mcm2...dah dekat 4 tahun tak pi genting....tp mama rasa dulu lagi sejuk ada kabus...ni tak byk kabus lak..apapun mmg best sangat...ni gambaq kami ambik kat tepi spinner...tp spinner tak nampak la..hehehe..air pancut belakang tu nampak..tp air dia mcm tak berapa nak kuar..uhuhuh




Gambaq adik kat dalam hotel dengan baju lebah dia..heheheh










Thursday, March 25, 2010

HEPI BESDAY NURAINA MIRZA

19 MAC UMUR KAKAK DAH 3 TAHUN...DAH BERTAMBAH BESAR ANAK MAMA...ni mama dok tekun pek jajan utk kakak kasi kat kawan2 kat school. semuanya utk kakak adik tumpang sekali la..hehehe....esok mama akan belikan kakak 2 biji kek utk party kat school...semoga kakak hepi ngan kawan2...nanti mama uploadkan gambaq party tu...mlm ni tak dan la plak..gambaq still ada dlm kamera..

Tuesday, February 16, 2010

DOA DAN PEDOMAN BAGI SEORANG ISTERI

Hari ni mama tak tau nak buat apa...abah pergi Penang dengan kawan2 dia ada kenduri kahwin kat sana...tinggal mama n adik jer kat umah...tu la mama tak mo ikut kakak, mak, acu,pak lang n maklang pi mandi Air Terjun kat Chepor...mama malas la....mama dok umah belek2 tenet..main fv...tu la keje mama nak isi masa cuti yang lama ni...heheh...tgh mama belek2 blog2 yang ada dlm tenet...mama ada jumpa satu blog tu...dia dok post doa seorang isteri...mcm best ja..so mama ambik dari blog tu utk pedoman mama dan semua isteri2 di dunia ni...hehehhe

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya..suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatanKau pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlena

Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..Aku cacat tanpa hidayahMu..Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMuKerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, Isteri yang dikasihi, Isteri yang solehah, Isteri yang sentiasa di hati..

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Monday, February 15, 2010

Lamanya tak update blog ni...dah 6 bulan rasanya..mama cbuk sekarang ni...tambah2 anak2 mama ni dah membesar dan lasak2 belaka..hehehe kakak la salah sorang nyer tu....sebenarnya byk story n picture nak di post dlm blog ni...InsyaAllah nanti mama upload citer2 terkini family kami terutamanya kisah kakak n adik la..heheheheh

Monday, August 24, 2009


Setelah seminggu kakak duduk ngan mak(opah)...hari ni mama,abah ngan adik balik..sebelum kami sampai,abah dah call kakak suruh kakak siap2. Abah nak bawak kakak pi makan PIZZA..yahoooo(mama pulak yang lebih2)....masa kami sampai kakak terus peluk sumer2..rindu sangattt...mama kesian kat abah sampai termimpi2 kakak..hehehhe..Kami terus pi pizza,sampai kat pizza abah suruh mama order dulu,abah ajak kakak jenjalan kat tesco..mama tgk abah dah naikkan kakak dlm kete control..pusing2 satu tesco...best2 kalau mama yang naik..hehehe..sian kat adik tak dapat naik..takpela adik kecik lagi..nanti dah besaq abah kasi adik lak ok sayang...

Monday, August 3, 2009

CERITA KAKAK

"Tepuk amai2 belalang kupu2 tepuk adik pandai mama upah susu"....kakak dah blh tolong mama tido kan adik...tapi tu la kena diri atas kerusi..mama tak kasi takut jatuh...tp macam mana nak tgk muka adik...kakak rendah..hehehe..so kakak ambik kerusi yang mama beli kat ikea dengan aunty arfah n aunty memey ehh silap aunty angah...haaaa baru blh tgk adik n kasi adik sleep...ok kakak nak sambung tidokan adik..

Penat la kakak berdiri adik..duduk la pulak yerk...cepat la tido adik danish..kakak nak main ni..

Haaaaaa...adik tak tido lagi...ingat dah tido..

Alamak adik tak tido2 lagi ni..penat dah kejap duduk kejap diri ni...adik nak main jugak kot...uhuhuhu